Thursday, June 18, 2009

Mee Udang Mummy



Semalam, idea benar-benar tidak hadir di fikiran ini. Buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya sampai Sara Sofia sudah ke sekolah masih tidak lagi mendapat idea apa yang akan dihidangkan untuk makan malam.

Akhir sekali, saya pun melayarilah ke halaman-halaman yang sesuai untuk mencari idea. Asalnya, hendak mencari idea untuk ayam & mee kuning yang sememangnya sedia ada di dalam peti ais. Tapi bila dibelek-belek ada sahaja bahan yang tiada di dapur saya. Akhirnya, inilah yang terhidang di meja makan untuk makan malam. Anak-anak bertanya mee apa yang Mummy masak? Tapi saya tiada jawapan untuk itu..nak dikatakan Mee Bandung, tidak juga...nak dikatakan Mee Rebus..tidak juga..Akhir sekali mereka menamakan hidangan ini sebagai " Mee Udang Mummy"

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus mee kuning
  • 5 ekor udang harimau atau apa jenis udang yang di gemari
  • 3 biji kentang (di rebus)
  • 1 biji keledek jepun
  • 3 sudu besar udang geragau kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 inchi halia
  • 4 sudu besar tomato puri
  • garam & gula secukup rasa

Bahan sampingan

  • 3 biji telur rebus
  • 2 biji cili merah/hijau
  • daun sup
  • bebola ikan
  • tahu goreng
  • sawi

Cara-caranya:

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga wangi. Kisarkan udang kering & udang geragau, kemudian di masukkan bersama bahan yang telah di tumis tadi. Setelah garing letakkan segelas air. Lepas itu masukkan kentang & keledek yang telah dikisar juga. Potong keledek kecil-kecil sebelum dikisar agar mendapat pes yang halus. Kepekatan kuah agak-agak macam kuah mee rebus. Kalau perlu ditambah air, gunakan air panas. Kerana air sejuk akan menyebabkan masakan menjadi kurang ummpphh..another word..I donno how to describe it. Since I am no expert in both language, so I described it a very simple manner.

Biarkan kuah mendidih untuk seberapa ketika, kemudian di masukkan udang. Masaklah sehingga udang masak & letakkan garam serta gula mengikut cita rasa.

Celur mee kuning, bebola ikan, sawi. Tahu di potong kecil & digoreng sehingga garing. Potong cili serta daun sup.

Kesimpulannya, mee ini ada unsur Mee Bandung dan juga unsur Mee Rebus.

2 comments: